بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعَيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
{ يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ }[1]. {يَا اَيُّهَا الَّنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رَجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَام اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا}[2] {يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يَصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِيْعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا}[3]
اَمَّا بَعْدُ : فَاِنَّ اَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَرَّ الاُمُوْرِمَحْدَثَاتُهَا وَكَلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
Etos masyarakat berdasarkan sangkaan bahawa taubat bagus dimulakan apabila umur tua (sudah berumur), setelah beranak cucu, setelah menunaikan haji atau dengan beberapa alasan lain adalah suatu tradisi atau idea yang batil, berpunca dari kejahilan seseorang itu tentang apa itu taubat dan pengampunan Allah yang sebenarnya.
Tiada seorang individupun yang dibenarkan menentukan bila masanya seharusnya seseorang itu bertubat. Sedangkan perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat-tempatnya yang tertentu, pada situasi atau kondisi yang tertentu, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diwajibkan agar cepat-cepat bertaubat. Ini kerana manusia sering didominan oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan.
Oleh itu, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memudahkan kepada sekalian hambaNya untuk segera bertaubat. Buku kecil ini layak dikonsumsi oleh semua peringkat usia, dapat membantu dalam urusan atau cara bertaubat, membincangkan permasalahan taubat yang perinsipil agar membuka minda dan kesedaran masyarakat tentang perlunya bersegera bertaubat.
Bagi sesiapa yang telah melakukan kesalahan atau merasa berdosa, sama ada besar atau kecil, yang telah lama berlaku atau yang baru saja dilakukan, maka buku ini membantu para pembaca cara-cara untuk bertaubat sebagaimana yang ditunjuk ajar dan dibimbing oleh syara.
Semoga buku yang dipenuhi dengan hujjah dan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis ini dapat membetulkan konsepi taubat dalam fikiran pelaku dosa, memberi keinsafan kepada mereka yang takutkan Allah, yang ingin keampunanNya, mengharapkan rahmat dariNya dan ingin menjadi generasi salaf as-Soleh yang bertakwa.
Dengan demikian, diharapkan mereka yang telah sedar akan hakikat sifat Allah Yang Maha Pengampun agar bersegera bertaubat tanpa dilengah-lengahkan lagi, kerana bertaubat dan meminta keampunan adalah perintah dari Allah yang telah tertera di dalam al-Quran dan hadis.
Moga-moga tulisan ini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.
Rasul Bin Dahri
Johor Bahru
Malaysia.
---------------------------------------------------------------